Ads 468x60px

Blogger news

About

Blogroll

Wednesday 11 September 2013

Bestnya Zoo Melaka











Jom bercuti di Melaka Wonderland








Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.


Melaka dan George Town telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia yang pertama dan kedua dalam kategori tapak budaya. Ciri-ciri budaya dan alam binaan yang terdapat di Melaka adalah hasil dari sejarahnya yang gemilang di mana Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan sejak 500 tahun yang lampau dan menjadi penghubung kepada kuasa Timur dan Barat.Penyenaraian Melaka dan George Town berdasarkan kriteria yang digariskan para 77 ‘Operational Guideline for Implementation’ oleh Persidangan Warisan Dunia. (World Heritage Convention)‏ Pencalonan Melaka sebagai ‘Historic Cities Of The Straits of Malacca: Melaka and George Town’ bertepatan dengan Nilai Keunggulan Sejagat dan kriteria-kriteria berikut:-Nilai Keunggulan Sejagat (Outstanding Universal Value) Budaya masyarakat majmuk di bandar-bandar yang hidup .

1)   Ciri-ciri bandar yang hidup dihuni oleh masyarakat pelbagai budaya yang terhasil daripada pengaruh luaran sejak 1400an hingga sekarang. Ia menunjukan perubahan pada bentuk dan bandar di Malaysia yang masyarakatnya dan budayanya berkembang di Bandar Melaka Bersejarah ini


2) Kriteria II - “Menonjolkan kepentingan perubahan dalam nilai kemanusiaan, dalam sesuatu jangkamasaatau di dalam ruang lingkup budaya sedunia, dalam perkembangan seni bina atau teknologi, kesenian monumen, perancangan bandar dan rekabentuk landskap”


3) Kriteria III - ‘mengandungi keunikan atau pengaruh yang kuat terhadap tradisi budaya atau mempengaruhi peradaban yang masih kekal atau yang telah hilang’


4) Kriteria IV - ‘menjadi contoh yang baik terhadap jenis-jenis bangunan, mengemukakan gaya senibina dan perkembangan teknologi atau lanskap yang menonjolkan peringkat signifikan dalam sejarah manusia’


Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka